In order to ensure the highest quality of our services, we use small files called cookies. When using our website, the cookie files are downloaded onto your device. You can change the settings of your browser at any time. In addition, your use of our website is tantamount to your consent to the processing of your personal data provided by electronic means.
Back

Pertandingan cipta logo sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Poland

01.04.2021

Kedutaan Poland di Kuala Lumpur menganjurkan pertandingan mencipta logo sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan Poland pada 21 Jun ini.

1

Dutanya Prof Krzysztof Debnicki berkata pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai EUR1,000 (RM4,872) itu terbuka kepada artis, pereka grafik dan semua yang berbakat.

"Kami serahkan kepada kreativiti dan kepintaran rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Rabu.

Logo harus menggambarkan hubungan persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara, berdasarkan saling menghormati dan memahami, dan harus merujuk kepada simbol dan/atau warna bendera Malaysia dan Poland dengan angka 50 sebagai elemen wajib.

Debnicki berkata permohonan boleh dibuat menerusi laman web yang baru dilancarkan, www.PL50MY.com, sempena sambutan ulang tahun tersebut.

Katanya, walaupun  Malaysia dan Poland terpisah oleh geografi, namun kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan, termasuk daripada segi jumlah penduduk dan wilayah, serta pengaruh penjajahan masa lalu.

Sempena ulang tahun jubli emas itu juga kedutaan telah merancang pelbagai program termasuk acara kebudayaan dan promosi yang menarik secara langsung dan maya.

“Kami merancang untuk mengadakan konsert muzikal Poland, menyokong aktiviti pro-ekologi dengan menanam pokok di pelbagai lokasi dan menghiasi bangunan ikonik di Malaysia dan mempromosi masakan Poland. Ini peluang terbaik untuk mencuba sajian istimewa Poland.

"Sebagai simbolik, 50 bola sepak akan disumbangkan kepada sekolah-sekolah tempatan dan institusi pendidikan khas. Saya mengalu-alukan penyertaan semua dalam acara khas yang bakal dianjurkan untuk meraikan 50 tahun persahabatan kita,” katanya.

Maklumat lanjut program boleh didapati di laman media sosial Kedutaan Poland di Facebook, Twitter dan Instagram menggunakan nama @PLinKualaLumpur, # PL50MY dan www.PL50MY.com.

-- BERNAMA

 

Gambar (1)

{"register":{"columns":[]}}