Back

Pertemuan Duta Besar Republik Poland dengan Nuncio Apostolik yang baru di Malaysia

05.03.2021

Pada 2 Mac 2021, Duta Besar Krzysztof Dębnicki menerima Uskup Agung Wojciech Załuski - Nuncio Apostolik yang baru dilantik di Malaysia.

1

Pada bulan September 2020, Paus Francis telah melantik Uskup Agung Wojciech Załuski sebagai Nuncio Apostolik ke Malaysia dan Timor Timur dan juga sebagai Delegasi Apostolik ke Negara Brunei Darussalam. Uskup Agung Wojciech Załuski berkhidmat sebagai Nuncio Apostolik di Burundi dari tahun 2014; sebelum ini dia memegang pelbagai jawatan di Asia, termasuk di Filipina dan Sri Lanka.

Rundingan untuk menjalin hubungan diplomatik antara Holy See dan Malaysia dimulakan pada awal tahun 2002 semasa pertemuan Paus John Paul II dengan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YB Dr. Mahathir Mohamad. Hubungan diplomatik terjalin secara rasmi pada tahun 2011. Struktur Gereja Katolik Rom di Malaysia terdiri daripada 3 keuskupan agung: Kuala Lumpur, Kuching (Borneo) dan Kota Kinabalu (Borneo) yang terbahagi kepada 9 keuskupan. Dianggarkan terdapat kira-kira 2.6 juta orang Kristian di Malaysia, di mana kira-kira 1 juta adalah Katolik Roma, tinggal terutamanya di negeri-negeri Sabah dan Sarawak di Pulau Borneo.

Kami mendoakan Nuncio yang baru mendapat perkhidmatan yang baik.

Gambar (2)

{"register":{"columns":[]}}